Keratan batang merupakan kaedah pembiakan vegetatif. Keratan batang sering dijadikan pilihan kerana ia mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Antara tanaman yang sering dibiakkan melalui keratan batang ialah tanaman siantan atau Ixora sp. , pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.), Allamanda sp. , bunga raya (Hibiscus sp.) dan banyak lagi.
Cara-cara membuat keratan adalah mudah
|
Pilih batang pokok yang sesuai iaitu tidak terlalu tua atau muda, berwarna coklat elakkan yang berwarna hijau kerana masih muda
|
|
Potong keratan 10 - 12 cm
- Keratan kayu lembut daun ditinggalkan
- keratan kayu sederhana daun bawah dibuang
- Keratan kayu keras buang semua daun
|
|
Rendam keratan atau basahkan bahagian bawah keratan
|
|
Celupkan dengan hormon pengakaran
|
Akhir sekali tanam keratan ke dalam tanah, tetapi seeloknya buat lubang kecil dan tanam keratan baik-baik :) Medium yang sesuai untuk keratan batang ini ialah pasir Tunggu sebulan dua nanti pucuk muda dan akar InsyaAllah akan keluar |
|