CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 1 June 2014

Kaedah Pembiakan 2: Keratan Batang


Keratan batang merupakan kaedah pembiakan vegetatif. Keratan batang sering dijadikan pilihan kerana ia mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Antara tanaman yang sering dibiakkan melalui keratan batang ialah tanaman siantan atau Ixora sp. , pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.), Allamanda sp. , bunga raya (Hibiscus sp.) dan banyak lagi.

Cara-cara membuat keratan adalah mudah

Pilih batang pokok yang sesuai iaitu tidak terlalu tua atau muda, berwarna coklat elakkan yang berwarna hijau kerana masih muda
Potong keratan 10 - 12 cm
  • Keratan kayu lembut daun ditinggalkan
  • keratan kayu sederhana daun bawah dibuang
  • Keratan kayu keras buang semua daun

Rendam keratan atau basahkan bahagian bawah keratan

Celupkan dengan hormon pengakaran



Akhir sekali tanam keratan ke dalam tanah, tetapi seeloknya buat lubang kecil dan tanam keratan baik-baik :)
Medium yang sesuai untuk keratan batang ini ialah pasir
Tunggu sebulan dua nanti pucuk muda dan akar InsyaAllah akan keluar

Tuesday 27 May 2014

Kaedah Pembiakan 1: Kaedah Tut atau Markot

Tut adalah salah satu kaedah tampang yang dibuat untuk pembiakan anak pokok. Antara kelebihan pembiakan tut ialah pertumbuhan yang cepat. Selain itu, ciri-ciri pokok induk akan diwarisi sepenuhnya. Antara masalah untuk melakukan tut ialah bilangan dahan terhad kerana dahan tersebut hendaklah tidak terlalu muda dan terlalu tua. Tanaman juga mudah untuk tumbang kerana tiada akar tunjang dan ia memerlukan kemahiran untuk melakukan pembiakan tut ini.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah:

merendam jiffy 7 sehingga kembang (dalam 15minit)


Jiffy 7 yang telah direndam (jadi gemuk2 gitu, jangan lupa perah jiffy supaya air keluar)

Pastikan semua alatan yang hendak digunakan lengkap
Plastik (Untuk membalut jiffy 7)
Tali (Untuk mengikat plastik)

Pisau (untuk membuat kelaran pada dahan)

Hormon pengakaran


tag (letak nama dan tarikh)


Langkah-langkah

Pilih dahan yang sesuai. Buat kelaran mengelilingi dahan dan buat garisan melintang dalam 3 sentimeter agar mudah untuk mengopek kulit dahan tersebut.


Kopek kulit dahan tersebut dan kikis lapisan kambium.



Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas dahan.


Lekapkan jiffy 7 pada kelaran tersebut.





Balut dengan plastik dan ikat dengan ketat agar tidak longgar atau tercabut.


Letakkan tag setelah tulis nama dan tarikh. Siap!


Monday 26 May 2014

Bersyukur

Bersyukur . Noktah .

Berapa ramai yang hanya pandai berkata tetapi tidak mengamalkan amalan ini. Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sesuap dua.


Bersyukur kerana kita mempunyai rezeki yang melimpah ruah.

Bersyukur kerana kita mempunyai pakaian untuk disarung pada tubuh badan kita walaupun buruk.

Bersyukur kerana kita mampu ke sekolah dan mendapat pendidikan walaupun dengan bantuan masyarakat ataupun kerajaan tetapi kita selalu merungut malas ke sekolah dan sebagainya.

Bersyukur kerana kita mempunyai anggota badan yang mampu membuatkan kita bergerak.

Bersyukur kerana kita memperoleh keamanan walaupun masalah politik ada dimana-mana.

Bersyukur kerana kita dapat menghirup udara dan oksigen yang membolehkan kita bergerak kesana kemari.

Bersyukur kerana kita masih mempunyai duit atau wang walaupun hanya tinggal seringgit dua untuk perbelanjaan makan esok.

Bersyukur kerana kita mempunyai ibu dan ayah walaupun ada yang telah meninggal dunia.



Dahulu semasa aku tinggal di dalam kepompong aku, aku tidak nampak apa erti kesusahan yang sebenar yang dialami oleh masyarakat lain. Sekarang berada jauh di perantauan, aku lihat kehidupan sebenar masyarakat susah. Siang malam mencari rezeki. Walaupun pendapatan yang perolehi sangat sedikit untuk menampung kos sara hidup yang semakin meninggi mereka tetap bersyukur. Mereka tetap ketawa. Gembira. Bersyukur.

Berbanding dengan kita, ayah bagi RM100 kata tak cukup. Kasut Adidas 350 ringgit berbanding kasut biasa 20 ringgit, tetap ikut kemahuan hati mahu beli yang berjenama dengan alasan berkualiti, tahan lama, tidak cepat koyak dan sebagainya. Sedangkan orang miskin berjalan memakai selipar jepun tidak merungut. Masih hidup. Masih bergerak. Masih berjalan. Jadi? apa yang membezakannya. Tepuk dada, tanya selera. Balik pada tajuk , Bersyukur atau tidak kita ni? Terpulang.

Setiap malam aku hendak pergi makan, aku biasa akan lalu suatu tempat pembuangan sampah. Disitu aku lihat seperti perkampungan. Ibu ayah bawa anak-anak disitu untuk mengorek sampah. Situasi itu membuatkan aku sedar betapa beruntungnya aku dilahirkan dalam keluarga yang bukan mewah tetapi sederhana. Kadang-kadang aku juga cemburu dengan rakan-rakan lain, dengan teknologi yang mereka ada dan sebagainya. Apa yang membuatkan aku hilang perasaan itu aku cuba bersyukur dengan apa yang aku ada dalam dunia. Aku masih ada seorang emak, dua orang kakak, seorang abang, rakan-rakan dan saudara seIslamku.

Alhamdulillah.