CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 26 May 2014

Bersyukur

Bersyukur . Noktah .

Berapa ramai yang hanya pandai berkata tetapi tidak mengamalkan amalan ini. Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sesuap dua.


Bersyukur kerana kita mempunyai rezeki yang melimpah ruah.

Bersyukur kerana kita mempunyai pakaian untuk disarung pada tubuh badan kita walaupun buruk.

Bersyukur kerana kita mampu ke sekolah dan mendapat pendidikan walaupun dengan bantuan masyarakat ataupun kerajaan tetapi kita selalu merungut malas ke sekolah dan sebagainya.

Bersyukur kerana kita mempunyai anggota badan yang mampu membuatkan kita bergerak.

Bersyukur kerana kita memperoleh keamanan walaupun masalah politik ada dimana-mana.

Bersyukur kerana kita dapat menghirup udara dan oksigen yang membolehkan kita bergerak kesana kemari.

Bersyukur kerana kita masih mempunyai duit atau wang walaupun hanya tinggal seringgit dua untuk perbelanjaan makan esok.

Bersyukur kerana kita mempunyai ibu dan ayah walaupun ada yang telah meninggal dunia.



Dahulu semasa aku tinggal di dalam kepompong aku, aku tidak nampak apa erti kesusahan yang sebenar yang dialami oleh masyarakat lain. Sekarang berada jauh di perantauan, aku lihat kehidupan sebenar masyarakat susah. Siang malam mencari rezeki. Walaupun pendapatan yang perolehi sangat sedikit untuk menampung kos sara hidup yang semakin meninggi mereka tetap bersyukur. Mereka tetap ketawa. Gembira. Bersyukur.

Berbanding dengan kita, ayah bagi RM100 kata tak cukup. Kasut Adidas 350 ringgit berbanding kasut biasa 20 ringgit, tetap ikut kemahuan hati mahu beli yang berjenama dengan alasan berkualiti, tahan lama, tidak cepat koyak dan sebagainya. Sedangkan orang miskin berjalan memakai selipar jepun tidak merungut. Masih hidup. Masih bergerak. Masih berjalan. Jadi? apa yang membezakannya. Tepuk dada, tanya selera. Balik pada tajuk , Bersyukur atau tidak kita ni? Terpulang.

Setiap malam aku hendak pergi makan, aku biasa akan lalu suatu tempat pembuangan sampah. Disitu aku lihat seperti perkampungan. Ibu ayah bawa anak-anak disitu untuk mengorek sampah. Situasi itu membuatkan aku sedar betapa beruntungnya aku dilahirkan dalam keluarga yang bukan mewah tetapi sederhana. Kadang-kadang aku juga cemburu dengan rakan-rakan lain, dengan teknologi yang mereka ada dan sebagainya. Apa yang membuatkan aku hilang perasaan itu aku cuba bersyukur dengan apa yang aku ada dalam dunia. Aku masih ada seorang emak, dua orang kakak, seorang abang, rakan-rakan dan saudara seIslamku.

Alhamdulillah.