CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 27 May 2014

Kaedah Pembiakan 1: Kaedah Tut atau Markot

Tut adalah salah satu kaedah tampang yang dibuat untuk pembiakan anak pokok. Antara kelebihan pembiakan tut ialah pertumbuhan yang cepat. Selain itu, ciri-ciri pokok induk akan diwarisi sepenuhnya. Antara masalah untuk melakukan tut ialah bilangan dahan terhad kerana dahan tersebut hendaklah tidak terlalu muda dan terlalu tua. Tanaman juga mudah untuk tumbang kerana tiada akar tunjang dan ia memerlukan kemahiran untuk melakukan pembiakan tut ini.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah:

merendam jiffy 7 sehingga kembang (dalam 15minit)


Jiffy 7 yang telah direndam (jadi gemuk2 gitu, jangan lupa perah jiffy supaya air keluar)

Pastikan semua alatan yang hendak digunakan lengkap
Plastik (Untuk membalut jiffy 7)
Tali (Untuk mengikat plastik)

Pisau (untuk membuat kelaran pada dahan)

Hormon pengakaran


tag (letak nama dan tarikh)


Langkah-langkah

Pilih dahan yang sesuai. Buat kelaran mengelilingi dahan dan buat garisan melintang dalam 3 sentimeter agar mudah untuk mengopek kulit dahan tersebut.


Kopek kulit dahan tersebut dan kikis lapisan kambium.



Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas dahan.


Lekapkan jiffy 7 pada kelaran tersebut.





Balut dengan plastik dan ikat dengan ketat agar tidak longgar atau tercabut.


Letakkan tag setelah tulis nama dan tarikh. Siap!