CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 September 2013

kelapa sawit (oil palm)

kelapa sawit merupakan tanaman yang utama dalam Malaysia. Nama saintifik kelapa sawit ialah Elaeis Guineensis. Antara kegunaan kelapa sawit dalam kehidupan ialah sabun mandi, marjerin, minyak masak, lilin, aiskrim dan krimer.

pemilihan anak benih sawit
  1. anak benih sawit dari polibeg kecil hendaklah dialih ke polibeg yang lebih besar.
  2. seterusnya, selepas daun terbuka dan membentuk pinat.
  3. anak benih ditanam diladang pada umur 12 bulan. Anak benih yang tidak terpilih hendaklah dimusnahkan.
perosak pada pokok kelapa sawit
  1. tikus - menyerang pada pangkal pokok dan boleh menyebabkan anak pokok mati. Gunakan racun warfarin.
  2. kumbang - memakan daun dan membentuk lubang serta boleh mereputkannya pada anak benih. Daun akan kelihatan seperti begergaji.
  3. kupu-kupu - akan memakan pucuk muda dan lembut.
penyakit yang sering menyerang pokok kelapa sawit
  1. Upper stem rot (Ganoderma spp.) - menyerang pada pokok matang
  2. Basal stem rot (Ganoderma boninense) - menyerang pokok yang lebih 10 tahun. Kebiasaannya pokok akan mati. Pokok perlu diperiksa 6 bulan sekali.
penakaian anak benih sawit
  1. daun berputar
  2. daun tirus
  3. daun bergulung
  4. daun kerinting
  5. anak pokok terbantut
  6. chimera- daun berjalur kuning
 faktor kelapa sawit meningkat
  1. faktor semula jadi - tanah, topografi, dan hujan
  2. baka tanaman yang berkualliti - resisten terhadap penyakit, penghasilan minyak yang banyak, menghasilkan minyak yang berkualiti dll.
  3. manusia - pengurusan yang cekap, pengetahuan yang luas dalam pemasaran kelapa sawit.
  4. faktor luaran - pengurusan perosak dan penyakit yang bagus. Perosak dan penyakit dapat diatasi dengan penggunaan racun kimia dan kuantiti penggunaan yang betul.
tindakan yang proaktif untuk meningkatkan pengeluaran
  1. meningkatkan kecekapan dan pengurusan ladang seperti mengambil pekerja mahir.
  2. pembajaan yang berjadual.
  3. menangani penyakit dan perosak pokok dengan baik.
  4. penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi.