CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 September 2013

Tanaman Getah

Getah atau nama saintifiknya iaitu hevea brasiliensis. Getah merupakan sumber terpenting dalam pembuatan tayar kereta, tayar kapal terbang, kasut dan lain-lain lagi.

Cara penanaman pokok getah
  1. gali lubang sekurang-kurangnya 45sm x 45sm x 45sm
  2. masukkan polibeg berisi anak pokok getah hingga satu pusaran daun.
  3. kambuskan tanah kembali dan tarik polibeg perlahan-lahan agar tidak mencederakan anak pokok.
Ciri-ciri pokok getah yang terbaik
  1. ukur lilit batang pokok getah mestilah bulat, licin dan mudah untuk ditoreh bagi mendapatkan lateks yang banyak.
  2. lateks keluar dengan cepat dan pengaliran yang lancar.
  3. resisten terhadap penyakit.
  4. pokok getah rendang dan tidak tumbang ditiup angin kencang.
  5. daun lebar dan berwarna hijau serta dapat menghasilkan fotosintesis dengan baik.
penyakit yang sering menyerang pokok getah
  1. Penyakit Akar Putih merupakan penyakit paling sering berlaku dan disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus.
  2. Penyakit Akar Merah disebabkan oleh kulat Ganoderma philippi. 
  3. Penyakit Akar Perang disebabkan oleh kulat Phellinus noxious.
kawalan perosak
  1. babi hutan
  2. tikus
  3. landak
  4. anai-anai
kawasan getah terutamanya di Malaysia semakin menurun kerana:
  1. pertukaran getah ke tanaman lain
  2. kawasan getah menjadi kawasan penempatan seperti perumahan
  3. kawasan getah menjadi menjadi kawasan perindustrian dan pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya
sebab pengeluaran getah semakin berkurangan
  1. kawasan getah berkurang
  2. penggunaan teknologi moden dalam penorehan getah tidak memuaskan
  3. tenaga buruh yang mahir berkurangan