Untuk minggu ni , ada brapa banyak presentation dalam kelas . Rasa seronok pulak , haha .Tapi aku membuat pengunduran dalam group burung unta disaat-saat akhir disebabkan terlebih ahli kumpulan pulak .Aku terpilih (terpilih lah sgt) dalam group makanan alternatif masa hadapan (serangga) .Mula2 rasa mcm susah je tajuk tu , bila dah baca2 macam best . Time present aku rasa tajuk ni bukan sesuatu yang baru tetapi tidak didedahkan secara meluas kepada semua .
ok , start
Pada tahun 2050 , penduduk bumi dijangkakan akan terus meningkat kepada 2.5 juta orang . Oleh demikian , keadaan ini menggesa para saintis untuk memikirkan cara terbaik bagi menampung keperluan makanan untuk penduduk yang ramai .Banyak makanan alternatif yang dapat dihasilkan antaranya ganggang ( bhs Indonesia , bhs Melayu tak pasti ) ,daging tiruan , tanaman super baru , dan fokus kita sekarang ialah serangga .
Persoalannya sekarang , bolehkah serangga dimakan ?
Jawapannya boleh lah . Di Malaysia sendiri terdapat ramai orang yang makan serangga seperti ulat sagu.Serangga mempunyai khasiat yang tinggi seperti protein dan vitamin yang tinggi daripada ikan dan daging sendiri . Hidangan pemakanan serangga dipanggil sebagai entomophagy.
Pemakanan serangga ini cukup popular di seluruh dunia kecuali di Amerika Utara dan Eropah . Permintaan di pasaran sangat tinggi dan terdapt banyak ladang ternakan dibuka untuk menampung permintaan ini . Di thailand terdapat berpuluh2 ladang ternakan serangga dibuka dan di Laos sahaja terdapat beratus2 ladang ini dibuka . Tetapi terdapat juga di Laos , mereka menternak serangga didalam balang yang disimpan dibelakang rumah sahaja .
Diakui
sesetengah serangga mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit dan merosakkan
tanaman, namun penternakan atau industri serangga ini sebenarnya mesra alam,
selain ruang ternakan yang terhad, tiada
pencemaran alam (kumbahan dan najis haiwan kurang), makanannya juga sedikit dan tiada kesan gas
ke atas rumah hijau .
Kesimpulannya , mungkin pemakanan serangga ini suatu yang mustahil untuk dijadikan makanan rutin kita . Siapa tahu pada beberapa tahun akan datang produk2 serangga ini akan dipasarkan secara meluas di pasaraya2 di Malaysia . Mungkin kita boleh mendapatinya di Tesco atau Jusco beberapa tahun lagi . (Haha , serius pulak).
SUSHI (nyummy)
LOLIPOP mari ! haha ,
3 sehinggit ! 3 sehinggit !
OK , habis
wasalam ...