skip to main |
skip to sidebar
9hb Julai 2013,30Syaaban 1434
Kalau ditanya kepada diri aku , apa perkara yang paling mengecewakan aku , aku akan jawap ''Ramadhan lepas adalah perkara yang paling mengecewakan aku''.Sebagai hamba Allah aku tak melaksanakan tanggungjawap aku sebagai seorang Islam dengan sempurna.
JADI!aku berharap aku dapat menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih baik.Jadual kuliah yang sangat padat aku harap tak mengganggu puasa aku kali ini.Walaupun terpaksa berjalan ke kelas Amali selama setengah ke 45 minit.
Kalau dulu berpasangan dengan orang lain , raya kali ini berpasangan dengan orang lain.Orang yang bersama aku susah senang ketika dalam kampus ini aku harap dialah teman hidup aku hingga ke syurga.Amiin..
P/S:mlm ni tak dapat terawih sbb 1st test utk sains tanah..
kalau aku tahu CINTA tu menyakitkan , takkan aku hampiri CINTA ,
kalau aku tahu KESETIAAN aku dipersoalkan , takkan aku belajar menerima diri dia ,
dan akhirnya aku menemui KEREDHAAN , aku dapat menerima segalanya ,
aku memperoleh KEKUATAN , bahawa CINTA yang hakiki lebih dari insan adalah TIDAK MENYAKITKAN kerana cinta hakiki kekal abadi .
PEREMPUAN / WANITA :
-
Sukar
nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
-
Sekiranya
seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada
di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
-
Suka
meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
-
Jangan
sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
-
Bersikap
terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
-
Sekuntum
senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
-
Jika
kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
-
Jangan
sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
-
Kalau
kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang
gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
-
Bekas
teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
-
Satu
ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
-
Teman
baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
-
Cinta
bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
-
Semua
wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.