CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 29 September 2012

Kaum Adam Tolong Cairkan Ego Anda :)



PEREMPUAN / WANITA :
  •        Sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  •         Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  •         Suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

  •         Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

  •        Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  •         Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

  •         Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  •         Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

  •        Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

  •       Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

  •     Satu ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  •     Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  •      Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  •      Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.