Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini.
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Filem yang menghina Islam iaitu Innocence of Islam . Filem ini ada disiarkan secara online , sesiapa yang belum menontonnya aku nasihatkan tak payahlah tengok ,
Innocence of Islam arahan Sam Bacile yang mendakwa dirinya berketurunan Yahudi Amerika telah menghina Rasulullah saw kita yang amat kita sayangi di dalam filem itu . Budget filem itu dikatakan agak besar tetapi kalau tengok macam main pondok2 je dia buat filem , filem Malaysia lagi bagus.Filem ini mendapat tentangan hebat daripada umat ISLAM sendiri terutamanya di Libya,Mesir dan Yamen .Lagi memburukkan keadaan apabila duta Amerika Syarikat ke Libya telah terbunuh akibat tentangan tersebut .
Filem ini menyifatkan Nabi Muhammad SAW seorang yang kaki perempuan dan sebagainya (nauzubillah) . Sedih hati ini bila Rasulluah SAW dihina sebegitu rupa .
Menurut pengarah filem tersebut filem ini dibuat bertujuan untuk menyebarkan kelamahan agama Islam .Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.
Kita sama-samalah berdoa agar mereka yang memperlakukan nabi SAW seperti itu diberi hidayah kepada mereka , Amiin ..
Aku ada terbaca juga dekat blog2 lain yang mengatakan Malaysia tidak membuat bantahan mengenai perkara yang amat sensitif ni .Mungkin diorang tak tahu kot.Ada beberapa gambar bantahan dibuat di Malaysia . (tak silap aku selepas solat jumaat mereka lakukan)
sumber
Pengarah filem ini juga telah dapat ditangkap oleh pihak polis Amerika Syarikat.
siap tutup muka bagai , hurm .. Berani buat berani tanggunglah .
diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
Sahabat bertanya lagi,”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sebagai umat Islam kita hendaklah sensitif mengenai perkara sebegini.Jangan hanya senang mengucapkan 'saya tak tahu apa2 pun' .Renung2kan dan selamat beramal.“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”