CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 29 September 2012

Kaum Adam Tolong Cairkan Ego Anda :)



PEREMPUAN / WANITA :
  •        Sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  •         Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  •         Suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

  •         Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

  •        Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  •         Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

  •         Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  •         Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

  •        Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

  •       Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

  •     Satu ucapan ‘Hai’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  •     Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  •      Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  •      Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Sunday, 16 September 2012

Filem Menghina Islam






Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Filem yang menghina Islam iaitu Innocence of Islam . Filem ini ada disiarkan secara online , sesiapa yang belum menontonnya aku nasihatkan tak payahlah tengok , menjijikkan . Aku baru tengok 2 minit dah sakit hati + meroyan aku .

Innocence of Islam arahan Sam Bacile yang mendakwa dirinya berketurunan Yahudi Amerika telah menghina Rasulullah saw kita yang amat kita sayangi di dalam filem itu . Budget filem itu dikatakan agak besar tetapi kalau tengok macam main pondok2 je dia buat filem , filem Malaysia lagi bagus.Filem ini mendapat tentangan hebat daripada umat ISLAM sendiri terutamanya di Libya,Mesir dan Yamen .Lagi memburukkan keadaan apabila duta Amerika Syarikat ke Libya telah terbunuh akibat tentangan tersebut . 

Filem ini menyifatkan Nabi Muhammad SAW seorang yang kaki perempuan dan sebagainya  (nauzubillah) . Sedih hati ini bila Rasulluah SAW dihina sebegitu rupa .

Menurut pengarah filem tersebut filem ini dibuat bertujuan untuk menyebarkan kelamahan agama Islam .Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.

Kita sama-samalah berdoa agar mereka yang memperlakukan nabi SAW seperti itu diberi hidayah kepada mereka , Amiin ..

Aku ada terbaca juga dekat blog2 lain yang mengatakan Malaysia tidak membuat bantahan mengenai perkara yang amat sensitif ni .Mungkin diorang tak tahu kot.Ada beberapa gambar bantahan dibuat di Malaysia . (tak silap aku selepas solat jumaat mereka lakukan)

sumber

Pengarah filem ini juga telah dapat ditangkap oleh pihak polis Amerika Syarikat.
 
siap tutup muka bagai , hurm .. Berani buat berani tanggunglah .

 
diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Sebagai umat Islam kita hendaklah sensitif mengenai perkara sebegini.Jangan hanya senang mengucapkan 'saya tak tahu apa2 pun' .Renung2kan dan selamat beramal.

Saturday, 15 September 2012

Prince William and Kate Middleton

tajuk je bahasa inggeris , entry melayu jelah ,

Putera William dan Kate Middleton merupakan kerabat diraja Britian telah selamat sampai di Malaysia pada 13 September , 12.50 tengahari . Habis semua nak kerumun diorang , memanglah siapalah tak nak jumpa orang popular macam ni .

                                nampak tak apa yang aku nampak , haha ~betapa tingginya mereka

Gambar ketibaan Putera William dan Kate Middleton di Sabah , bha ...




Friday, 14 September 2012

MAKANAN ALTERNATIF MASA HADAPAN (SERANGGA)

Untuk minggu ni , ada brapa banyak presentation dalam kelas . Rasa seronok pulak , haha .Tapi aku membuat pengunduran  dalam group burung unta disaat-saat akhir disebabkan terlebih ahli kumpulan pulak .Aku terpilih (terpilih lah sgt) dalam group makanan alternatif masa hadapan (serangga) .Mula2 rasa mcm susah je tajuk tu , bila dah baca2 macam best . Time present aku rasa tajuk ni bukan sesuatu yang baru tetapi tidak didedahkan secara meluas kepada semua .

ok , start 

Pada tahun 2050 , penduduk bumi dijangkakan akan terus meningkat kepada 2.5 juta orang . Oleh demikian , keadaan ini menggesa para saintis untuk memikirkan cara terbaik  bagi menampung keperluan makanan untuk penduduk yang ramai .Banyak makanan alternatif yang dapat dihasilkan antaranya ganggang ( bhs Indonesia , bhs Melayu tak pasti ) ,daging tiruan , tanaman super baru , dan fokus kita sekarang ialah serangga . 


Persoalannya sekarang , bolehkah serangga dimakan ?

Jawapannya boleh lah . Di Malaysia sendiri terdapat ramai orang yang makan serangga seperti ulat sagu.Serangga mempunyai khasiat yang tinggi seperti protein dan vitamin yang tinggi daripada ikan dan daging sendiri . Hidangan pemakanan serangga dipanggil sebagai entomophagy. 

Pemakanan serangga ini cukup popular di seluruh dunia kecuali di Amerika Utara dan Eropah . Permintaan di pasaran sangat tinggi dan terdapt banyak ladang ternakan dibuka untuk menampung permintaan ini . Di thailand terdapat berpuluh2 ladang ternakan serangga dibuka dan di Laos sahaja terdapat beratus2 ladang ini dibuka . Tetapi terdapat juga di Laos , mereka menternak serangga didalam balang yang disimpan dibelakang rumah sahaja .

 
Diakui sesetengah serangga mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit dan merosakkan tanaman, namun penternakan atau industri serangga ini sebenarnya mesra alam, selain ruang ternakan yang terhad, tiada pencemaran alam (kumbahan dan najis haiwan kurang), makanannya juga sedikit dan tiada kesan gas ke atas rumah hijau .


Kesimpulannya , mungkin pemakanan serangga ini suatu yang mustahil untuk dijadikan makanan rutin kita . Siapa tahu pada beberapa tahun akan datang produk2 serangga ini akan dipasarkan secara meluas di pasaraya2 di Malaysia . Mungkin kita boleh mendapatinya di Tesco atau Jusco beberapa tahun lagi . (Haha , serius pulak).

                                                                   SUSHI (nyummy)


                                             LOLIPOP mari ! haha ,


                                            3 sehinggit ! 3 sehinggit !

OK , habis 

wasalam ...

Friday, 7 September 2012

Bapa Sheikh Muszaphar meninggal dunia

                                                          Sheikh Muzaphar

Al-Fatihah kepada bapa angkasawan negara kita , Allahyarham Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.25 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).


 Sheikh Muzaphar disamping ibu dan bapa tersayang

Tengah buat assignment tadi , yeye je , terbaca pulak berita dari Berita Harian ni , 
setiap yang hidup akan kembali kepada nya .Pada aku Allahyarham merupakan seorang bapa yang berjaya kerana telah melahirkan anak-anak yang juga hebat serta berjaya dalam hidup .Apa- apa pun bersabarlah Datuk Sheikh Muzaphar sekeluarga .